Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

23 September 2014

BENUA ARAB MERUNCING

Lebih 150,000 pelarian Syria masuk ke Turki
  
Sejumlah 150,000 pelarian Syria yang melarikan diri daripada militan Negara Islam (IS), memasuki Turki sejak empat hari lalu.

Timbalan Perdana Menteri Numan Kurtulmus berkata Turki bersedia untuk menerima senario paling buruk andainya pelarian berkenaan terus memasuki negara berkenaan.

Walaupun jumlahnya tinggi, Turki menyatakan ia bersedia untuk bertindak balas: setakat ini konflik di Syria menyebabkan lebih sejuta orang menyeberangi ke sempadannya sejak 3 1/2 tahun lalu.


200 maut dalam pertempuran di Yaman
  
TERKINI: Sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh di pinggir ibu negara Yaman dalam pertempuran sejak seminggu lalu antara pemberontak Syiah dan anggota militia Sunnah.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Yaman seperti yang dilaporkan agensi berita Saba, pasukan menyelamat menemui 53 mayat hari ini, "menjadikan bilangan keseluruhan mayat yang ditemui sejak 16 September lalu sebanyak 200".


Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI