Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

29 Ogos 2014

MH370 - SPEKULASI DAN KONSPIRASI


SUDAH lebih 100 hari sejak pesawat Pener­bangan Malaysia MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Walaupun carian operasi terbesar di dunia meliputi darat, laut dan udara, tiada tanda-tanda kapal terbang itu ditemui.

Selepas berminggu-minggu di Lautan Hindi, pencarian dihentikan di tempat ‘persemadian terakhir’ pesawat itu.

Tidak ada sekeping pun serpihan Boeing 777 dijumpai atau mana-mana tanda 239 penumpangnya.

Sehingga kini tiada maklumat untuk disahkan, teori konspirasi mengenai MH370 terus diperkatakan.


Berikut beberapa konspirasi teori yang dapat disenaraikan.


Pesawat ditembak jatuh ketika operasi ketenteraan :
Buku ‘Penerbangan MH370: Suatu Misteri’ mendakwa penerbangan itu ditembak jatuh pejuang Amerika Syarikat-Thailand ketika latihan.

Menurut buku itu, latihan membabitkan peperangan palsu di darat, air dan udara. Namun, pencariannya dirahsiakan.


Penyanyi rap ‘meramalkan kehilangan kapal terbang’ :
Pitbull meramalkan pesawat penerbangan MH370 akan hilang dua tahun lalu.
Ia merujuk lirik lagu ‘Get It Started’ pada 2012.

Lagu itu turut menampilkan penyanyi Colombia, Shakira. Liriknya, “Ia berlepas ke Malaysia” dan “Dua pasport, tiga bandar, dua negara, satu hari”.

Penonton di YouTube yakin kedua-dua pasport merujuk kepada pasport Austria dan Itali yang dicuri digunakan dua rakyat Iran untuk menaiki MH370.

Mereka juga percaya tiga bandar merujuk kepada Kuala Lumpur, China dan Vietnam.


Bekas Perdana Menteri (PM) menyertai peramal teori konspirasi :
Bekas PM Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) tahu kedudukan MH370.

Menurut blognya, ketika berlakunya rampasan jet, kawalan ke atas pesawat mungkin boleh diaktifkan dari jauh.

“Jelas, Boeing dan agensi tertentu berkeupayaan mengambil alih kawalan daripada­ pesawat komersial itu.

“Seseorang menyembunyikan sesuatu. Adalah tidak adil MAS dan Malaysia disalahkan”.


Konspirasi pangkalan ketenteraan Amerika Syarikat :
Amerika Syarikat terpaksa menafikan dakwaan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera di pulau terpencil di Diego Garcia di Lautan Hindi, kira-kira 3,500 kilometer dari Malaysia.

Jurucakap Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia berkata, spekulasi itu tidak benar.

“Tiada tanda MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia.”


Rampasan Afghanistan :
Akhbar Russia mendakwa MH370 dirampas dan diterbangkan ke Afghanistan ­manakala anak-anak kapal dan penumpang ditawan.

Menurut akhbar Moskovsky Komsomolets: “Seramai 239 penumpang ditawan ketika pesawat MH370 hilang pada 8 Mac.

“Juruterbang tidak bersalah, pesawat itu dirampas pengganas yang hanya dikenali sebagai Hitch.

“Pesawat berada tidak jauh dari Kandahar.”


MH370 ‘bersembunyi’ di belakang pesawat lain :
Pada awal pencarian ­menunjukkan pesawat itu bersembunyi daripada pengesan di sebalik kapal terbang lain.

Blogger Keith Ledgerwood mencadangkan: “Saya percaya MH370 mungkin terbang di bawah bayang-bayang pesawat Singapore Airlines (SIA) 68.

“Sewaktu MH370 terbang tanpa transponder, SIA 68 mungkin tidak mengetahui MH370 berada sekitar kawasan itu sebelum memasuki ruang udara India.”


Penculikan makhluk asing :
Pengguna media sosial percaya wujud makhluk di ruang angkasa yang mempunyai kaitan dengan kehilangan MH370.

Seorang pengguna menulis: “Selepas berbual dengan bapa dan rakan kongsinya, kita membuat kesimpulan kejadian itu ada kaitan de­ngan makhluk asing.”


Penipuan insurans hayat :
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan pesawat itu menjadi komplot penipuan insurans.

“Mungkin seseorang dalam penerbangan itu sudah membeli sejumlah besar insurans dan mahu keluarga mendapatkannya atau sese­orang berhutang dengan begitu banyak,” katanya.


Iluminati :
Pengguna Reddit dilihat begitu berminat mengenai kehilangan pesawat.
Seseorang dikenali se­bagai ‘i-am-SHER-locked’ beranggapan Boeing 777 adalah pesawat udara yang ke-404.

“HTTP 404 error erti­nya tidak dijumpai. Menunjukkan dalam kes ini ia adalah sesuatu yang aneh bersesuaian dengan status pesawat atau hanya kebetulan.


Edward Snowden :
Pada awal tekaan, seramai 20 pekerja Freescale Semiconductor yang berpusat di Texas berada di atas penerbangan.

Pengguna Reddit, Dark_Spectre mempunyai kesimpulan mengenai perkara itu.

“Kita percaya pesawat itu diculik pihak berkuasa China untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembabitan Snowden.


Eksperimen peperangan elektronik :
Teori mengenai pesawat itu disembunyikan sebagai sebahagian daripada eksperimen tersebar luas.

Laman Beforeitsnews.com melaporkan: “Kapal terbang MH370 disembunyikan de­ngan senjata peperangan elektronik berteknologi tinggi.

Ia juga mencetuskan teori, pesawat itu mungkin dirampas oleh Korea Utara untuk tujuan yang tidak diketahui.


Kebakaran :
Ada dakwaan berlaku kebakaran di dalam kapal terbang itu, sekali gus menjelaskan mengapa pesawat menghidupkan penerbangan automatik.

Sumber itu berkata: “Pesawat itu tidak akan jatuh seperti batu, ia akan turun meluncur dari 106.68 meter selama kira-kira 10 hingga 12 minit selepas ia kehabisan bahan api.


Keupayaan tentera atau senjata rahsia :
Laman saintifik dan teori konspirasi Natural News oleh Mike Adams, ada teori tersendiri.

Adams berkata: “Jika ­tidak pernah menjumpai ­serpihan, ia bermaksud ­beberapa perkara baru, misteri dan berkuasa bergerak di planet kita hingga boleh menjatuhkan kapal terbang dari langit tanpa ­meninggalkan sedikit bukti.


Juruterbang membunuh diri :
Tiada bukti yang me­nyokong dakwaan Kapten Zaharie Ahmad Shah atau pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid mempunyai niat sedemikian.

Ketua CIA, John Brennan memberitahu Daily Mail, “Saya rasa anda tidak boleh menolak mana-mana teori.”

Pengarah Komersial Penerbangan Malaysia, Hugh Dunleavy berkata, kapten yang bertugas bagi penerbangan itu adalah seorang juruterbang berpengalaman dengan rekod cemerlang.


Keretakan dalam pesawat :
Kira-kira enam bulan sebelum pesawat itu berlepas, badan pemantau penerbangan Amerika Syarikat memberi amaran kepada syarikat penerbangan mengenai masalah keretakan dalam Boeing 777.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengeluarkan arahan terakhir dua hari sebelum pesawat MH370 berlepas.


Segi Tiga Bermuda Asia :
Ada kemungkinan wujud Segi Tiga Bermuda kedua.

Kehilangan secara tiba-­tiba dan tidak dapat dikesan radar melahirkan banyak penjelasan lalu beberapa ahli teori beranggapan pesawat itu memasuki Segi Tiga Bermuda.

Banyak bot dan kapal terbang diketahui hilang di Lautan Atlantik Utara yang dikenali sebagai Segi Tiga Bermuda termasuk Penerbangan 19 pada tahun 1945.


Pengganas mendarat­kannya ke laut :
Setakat ini, tiada kumpulan pengganas mendakwa bertanggungjawab tetapi ia tidak menghalang ahli teori membuat penjelasan lain.

Dua penumpang yang menaiki pesawat itu menerusi pasport curi mencetuskan kemungkinan ini.

Juruterbang, David Learmount yang juga editor keselamatan dan operasi majalah Penerbangan Global berkata: “Sesuatu berlaku dan juruterbang tidak memberitahu sesiapa. Mengapa?

E-mel yang dihantar kepada pelbagai wartawan di China berkata: “Anda membunuh salah seorang puak kami, kami akan tebus dengan membunuh 100 orang kamu.”


Juruterbang sengaja mematikan bekalan oksigen penumpang sebelum menjunam ke laut :
Penumpang pesawat MH370 mati akibat kekurangan oksigen beberapa jam sebelum juruterbang melakukan penerbangan automatik terakhir di Lautan Hindi.

Analisis penyiasat veteran kemalangan udara mendakwa, 239 orang tidak sedarkan diri sehing­ga empat jam sebelum Boeing 777 hilang di laut.


Juruterbang, Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama kerana dia mengemas kini diarinya :
Kapten MH370 itu kini menjadi suspek utama kehilangan pesawat berkenaan.

Siasatan itu meletakkan dia sebagai punca terdekat pesawat itu hilang akibat campur tangan manusia tetapi tidak menolak keganasan atau kegagalan mekanikal.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI