Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

31 Ogos 2014

KEJAM !! TANAM ANAK BELAKANG RUMAH

Polis menemui rangka budak di belakang rumah

Melaka, Satu rangka manusia dipercayai kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Bayan, Bukit Katil pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Abu Bakar berkata, mangsa dipercayai dibunuh Februari lalu sebelum mayatnya ditanam di belakang rumah teres dua tingkat berkenaan.

"Sepasang kekasih berusia 24 dan 25 tahun yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak ini ditahan di Muar, Johor kira-kira jam 2 pagi tadi.

"Hasil soal siasat, rangka mayat mangsa yang dibalut kain batik ditemui di dalam satu lubang sedalam kira-kira 0.3 meter di belakang rumah berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi," katanya ketika dihubungi di sini.
LOKASI rangka mangsa ditemui.

Katanya kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


TERKINI - SUSULAN KES TANAM ANAK BELAKANG RUMAH

MELAKA - Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditanam ibu bapanya di belakang sebuah rumah teres di Bukit Katil, dekat sini dipercayai dibunuh selepas suspek disyaki tidak tahan mendengar mangsa kerap menangis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 25 tahun yang juga kekasih ibu mangsa mengaku bertindak sedemikian dengan menekup mulut kanak-kanak itu menggunakan tangan.

“Hasil siasatan awal, suspek lelaki mengaku menekup mulut mangsa dengan tangan sehingga lemas selepas tidak tahan mendengar kanak-kanak itu menangis. Bagaimanapun, kita masih menyiasat sama ada perbuatan itu disengajakan atau sebaliknya.

“Kita juga mengesyaki suspek mungkin panik dengan keadaan mangsa selepas itu sebelum bertindak menanam mayatnya di belakang rumah yang disewa bersama suspek wanita berusia 24 tahun, awal tahun ini,” katanya, semalam.

Razali berkata, pihaknya turut menyiasat sama ada suspek melakukan perbuatan itu ketika berada di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya.

“Kita mencari dan menyoal siasat saksi selain mengenal pasti pemilik rumah teres berkenaan yang menyewakannya kepada pasangan itu bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pendakwaan kes dilakukan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata, polis akan menghantar rangka tulang yang ditemui ke Jabatan Kimia di Johor Bahru untuk saringan dan analisis lanjut.

Menurutnya jika ada keperluan, ia turut dihantar ke jabatan sama di Petaling Jaya, Selangor untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Semalam, Sinar Harian melaporkan pasangan kekasih itu sanggup menanam anak mereka di belakang rumah apabila kanak-kanak itu tidak lagi bernafas selepas ditekup mulutnya di sebuah rumah teres di Taman Bayan.

Perbuatan kejam yang berjaya dirahsiakan selama enam bulan itu bagaimanapun, terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan sepasukan polis berkaitan dadah dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira 2 pagi di Sungai Mati, Muar, Johor, semalam.

Rangka mangsa yang dibalut dengan kain batik itu ditemui di dalam lubang sedalam 0.3 meter di belakang rumah teres dua tingkat berkenaan.
Share:

Related Posts:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI