Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

8 Ogos 2014

CINCIN `NGAP` JARI SENDIRI

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 28 tahun menahan kesakitan apabila cincin dipakainya gagal dikeluarkan, semalam.

Usaha mangsa untuk mengeluarkan cincin berkenaan di rumahnya di Selayang, di sini, gagal menyebabkan jari manis tangan kirinya membengkak dan berdarah sebelum dia bergegas ke Hospital Selayang (HS) untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.

Difahamkan, pihak pengurusan HS kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mendapatkan bantuan untuk menanggalkan cincin berkenaan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Selayang Azman Mahat ketika dihubungi berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.40 pagi bergegas ke HS.

ANGGOTA bomba berusaha menanggalkan cincin tersekat di tangan mangsa.

“Kami tiba di HS enam minit kemudian sebelum usaha menanggalkan cincin berkenaan mengambil masa sejam.

“Enam anggota terbabit dalam usaha menanggalkan cincin berkenaan kerana cincin dipakai mangsa terlalu tebal selain pihaknya perlu berhati-hati untuk memotong cincin itu bagi mengelakkan kecederaan,” katanya.

Menurut Azman, mangsa kemudian diberikan rawatan lanjut sebelum dibenarkan pulang.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI