Luluh hati seorang ibu melihat anak sulungnya di belasah sehingga mati oleh bapanya sendiri akibat pertengkaran.Lebih malang lagi si ibu langsung tidak dapat berbuat apa-apa sewaktu anak sulungnya itu dibelasah dengan kayu dan dihalang untuk mempertahankannya.Kisah sedih ini berlaku ketika semua umat islam sedang menjalani ibadah puasa.
‘Biar dia dihukum’
Melaka: “Biarlah dia menerima hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya. Oleh itu, saya bersyukur dia ditahan dan mahu dia memikul tanggungjawab atas apa yang dilakukan terhadap anak kami,”
Begitu kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, selepas mengetahui suaminya berusia 52 tahun itu ditahan polis di Kampung Padang, jam 2.30 pagi semalam.
Dalam kejadian di Kampung Jawa, Alor Gajah, Sabtu lalu, Hafiz mati dibelasah bapanya dengan kayu kerana menyuara hasrat mahu bekerja bagi membantu keluarga selepas melihat sembilan adik-beradiknya berbuka puasa hanya dengan semangkuk bubur, pisang goreng dan air kosong.
Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka Hafiz yang baru tinggal bersama mereka tahun lalu meninggal dunia akibat perbuatan suaminya sendiri.
SITI Habibah sebak mengenangkan nasib anaknya, Hafiz.
“Saya cuba membantu dia, tetapi tidak berdaya kerana suami memberi amaran supaya tidak menyentuh Hafiz. Saya tidak sampai hati melihatnya dipukul lalu saya masuk ke dapur dan hanya mampu menangis.
“Kalau bapanya tidak mahu arwah, pulangkan kepada kami. Siapa yang tidak terkilan apabila menjaganya sejak berusia lima hari, tetapi akhirnya mati di tangan bapa sendiri,” kata Azhar Muhamad, 44, abang angkat kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17.
Dalam kejadian jam 5 petang Sabtu lalu, mangsa maut apabila dibelasah bapa kandungnya dengan kayu selepas menyatakan hasrat mahu mencari pekerjaan bagi menanggung makan minum sembilan adik sebelum disahkan meninggal dunia jam 8.30 pagi kelmarin.
Azhar yang juga saudara kepada bapa mangsa berkata, Muhamad Hafiz sebelum ini dijaga dan dibesarkan arwah ibunya, Tuminah Saroni, 54, selepas ditinggalkan kedua ibu-bapanya di kampung mereka di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor selepas lima hari dilahirkan.
“Selepas kematian ibu pada 2008, arwah dipelihara adik saya, Aznizam, 42. Ketika ditinggalkan dulu, semua pendaftaran sijil kelahiran saya uruskan apabila kedua ibu bapanya menghilangkan diri selepas menyerahkannya kepada arwah ibu.
“Namun, ketika cuti persekolahan Mei tahun lalu, mereka datang ke rumah bersama sembilan anak menyatakan hasrat mahu meminjam arwah dan akan memulangkannya semula tiga hari sebelum sesi persekolahan bermula Jun tahun lalu,” katanya.

0 comments:
Catat Ulasan