Bijak memanjakan lelaki selain mempunyai pengetahuan luas mengenai isu semasa menjadi antara faktor penarik menyebabkan ramai lelaki memilih penuntut pengajian tinggi untuk melayan mereka.
Perkara itu didedahkan Suhaimi, 34, (bukan nama sebenar) yang mendapatkan khidmat gadis penghibur atau peneman dalam kalangan penuntut pusat pengajian tinggi.
Menurut Suhaimi, dia mula mengenali seorang penuntut melalui aplikasi sembang dan terkejut dengan tawaran yang dinyatakan penuntut itu.
“Selepas mengenali penuntut terbabit selama tiga hari, dia pada mulanya mengajak saya ke karaoke, tetapi sebelum keluar dia meminta saya ‘belanja’ RM50 untuk layanan mesra.
“Saya kemudian bersetuju dan membawanya ke pusat karaoke.
Dia peramah dan banyak bercerita mengenai isu semasa menjadikan hubungan kami semakin menarik.
“Bagaimanapun, dia menolak ketika saya mengajaknya ke ranjang kerana ‘khidmatnya’ hanya untuk menghiburkan saya,” katanya.
Suhaimi yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran berkata, hubungan mereka tidak berakhir di situ kerana penuntut terbabit turut memperkenalkan rakannya yang menawarkan perkhidmatan sama.
“Saya semakin ketagih dengan khidmat yang diberi disebabkan ‘permainan’ ini selamat kerana tidak sampai ke ranjang.
Setakat RM50 itu tidak menjadi masalah,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan