Kehadiran penggiat seni juga presiden daripada persatuan industri muzik tempatan ke majlis tayangan perdana The Band di The Band HQ, Shah Alam malam kelmarin membuktikan betapa The Band memperlihatkan sokongan jitu daripada warga seni, sekali gus membuktikan ia sebuah program yang serius dan bukan calang-calang.
Lihat saja pembabitan nama besar seperti Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat yang bertindak sebagai juri tetap serta barisan tenaga pengajar seperti Damian Mikhail sebagai penasihat vokal, susunan muzik dan pemilihan lagu, Alam Wakaka (guru tari) dan Wahyu Rahman (perunding imej dan gaya) sudah cukup menjelaskan hala tuju program itu.
Dihoskan Awal Ashaari yang mengendalikan segmen Hos Konsert The Band dan X The Band, sementara penyampai ERAfm, Shac, diberi tugas mengacarakan diari Whazzup The Band bagi memberi laporan mengenai aktiviti harian peserta dari segi vokal, tarian, stamina dan gaya.
Menyingkap matlamat atau misi program realiti yang mula ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) dan serentak di Mustika HD (Saluran 134) sejak Isnin lalu itu sendiri iaitu mewujudkan sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa membuktikan komitmen Astro dalam menyokong pembangunan bakat seni di Malaysia.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya begitu teruja mewujudkan The Band dan berharap ia mendapat maklum balas positif daripada pelanggan Astro.
“Kami amat teruja dengan tayangan episod pertama progam ini kerana lebih kurang setahun perancangan rapi dilakukan sebelum ia menemui penonton. Bermula dengan perbincangan konsep program, pasukan produksi, sesi uji bakat, senarai pilihan tenaga pengajar dan juri yang semuanya menuntut masa serta tenaga, malah komitmen yang sangat tinggi.
“Episod pertama ini penting untuk ditonton kerana di sinilah penonton dapat melihat bagaimana proses uji bakat The Band dilakukan sebelum kami menemukan 32 peserta terbaik daripada ribuan yang datang mencuba nasib.
“Sebahagian besar daripada mereka hadir ke sesi uji bakat secara solo dan ada juga secara berkumpulan. Menjadi saat memilukan juga kepada peserta apabila juri hanya memilih individu yang paling menyerlah dan berpotensi dalam sesebuah kumpulan.
“Dalam situasi begini, ada peserta `lebih rela untuk tidak berjuang sendirian dan meninggalkan kumpulan mereka,” katanya.
Khairul Anwar berkata, penerbitan The Band membuktikan Astro sentiasa komited dalam menyokong pembangunan bakat seni tempatan dan percaya bakat yang dicungkil ini mempunyai potensi besar untuk digilap menjadi bintang.
“Kami mempunyai suatu impian yang amat besar iaitu kumpulan pop yang bakal dibentuk ini bakal menempa kejayaan bukan hanya di peringkat tempatan, tetapi mampu melebarkan sayap di rantau ini seterusnya ke peringkat antarabangsa,” katanya.
The Band diterbitkan Astro dengan kerjasama Kumpulan Sedania. Hadir sama pada majlis berkenaan malam kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azrin Mohd Noor.
Khairul Anwar berkata, dia berharap peserta yang terpilih dapat menimba sebanyak mungkin ilmu sepanjang berada dalam program ini.
Menurutnya, segala tunjuk ajar yang dikongsi tenaga pengajar dan pengkritik yang amat berpengalaman ini dapat dijadikan panduan dan persiapan bagi menyiapkan diri mereka untuk menjadi sebuah kumpulan pop terhebat pada masa depan.
Daripada ribuan peserta yang hadir ke sesi uji bakat, hanya 32 yang terbaik dipilih termasuk dari Indonesia dan Singapura.
Menerusi format The Band ini, 32 peserta yang terdiri daripada 16 lelaki dan 16 wanita yang terpilih ini akan membuat persembahan secara berkumpulan. Ahli kumpulan pula akan bertukar ganti setiap minggu secara rawak menggunakan sebuah mesin dikenali sebagai ‘randomiser’.
Mereka akan dinilai secara individu sehinggalah nanti hanya enam peserta lelaki dan enam peserta wanita yang akan mengungguli pertandingan untuk menjadi pemenang mutlak.
Tentunya, The Band akan menguji kemampuan setiap peserta dalam menyesuaikan diri dan menangani cabaran sebagai artis serba boleh.
Juara The Band bakal memenangi hadiah wang tunai RM100,000 untuk setiap kumpulan, kontrak sebagai artis di bawah naungan Astro dan tajaan pembikinan album kompilasi.
Semua informasi dan berita terkini serta video dan gambar eksklusif mengenai program The Band boleh didapati melalui laman web rasmi di www.TheBand.com.my atau laman Facbook rasmi di www.facebook.com/PortalAstroGempak.
Ikuti The Band di twitter rasmi www.twitter.com/Astro_Gempak dan Instagram di www.Instagram.com/AstoGempak menggunakan hashtag #TheBandMy
Senarai peserta The Band
Lelaki
1. Sri Iskandar Bahrin (27 tahun, Sabah)
2. Rohaizat Hassan (21 tahun, Kuala Lumpur)
3. Huzaifah Ameer Abdul Rahman (25 tahun, Sabah)
4. Muhd Nur Mohd Akmal Ayub (21 tahun, Selangor)
5. Allan Anderson (23 tahun, Indonesia)
6. Hamiludin Usup (25 tahun, Sabah)
7. Daniel Lim Hong Ting (25 tahun, Selangor)
8. Lokmannorz Zareeq Ahmad Firdaus Tong (24 tahun, Negeri Sembilan)
9. Mohd Azri Abdullah (21 tahun, Sabah)
10. Nur Khaidir Muhammad (20 tahun, Sabah)
11. Abdul Hakim Azizd ( 24 tahun, Sabah)
12. Ahmad Lutfi (23 tahun, Sarawak)
13. Mohd Rizwan Yasin (24 tahun, Sabah )
14. Mohd Syaqil Muhamad Fadilah (19 tahun, Singapura)
15. Azahar Abdullah (25 tahun, Kuala Lumpur)
16. Zulyasrani Zauyalddin (26 tahun, Kedah)
Wanita
1. Ni Made Ayu Araharsini Gurnitha (23 tahun, Indonesia)
2. Dianah Hazwani (23 tahun, Kuala Lumpur)
3. Norfahim Nor Ain Yeos Amirudin (23 tahun, Kuala Lumpur)
4. Nor Jehan Ahmad Syukri (22 tahun, Kuala Lumpur)
5. Nur Mustika Kamaruz Zaman (25 tahun, Perak)
6. Norzaimiellia Zaidi (21 tahun, Kuala Lumpur)
7. Norrye Yusuf (29 tahun, Perlis)
8. Nur Fadilah Iduk (20 tahun, Sabah)
9. Asmatul Pamne Pintaz (20 tahun, Sabah)
10. Shenthy Feliziana Sudirman (25 tahun, Singapura)
11. Shahila Shariff (21 tahun, Kuala Lumpur)
12. Nur Tiara Rosli (23 tahun, Perak)
13. Nor Wanie Abdul Latif Ooi (19 tahun, Pulau Pinang)
14. Nur Nazira Harizan (19 tahun, Kuala Lumpur)
15. Iffah Mohd Hazim (23 tahun, Kuala Lumpur)
16. Firqin Balgisham Azman (19 tahun, Selangor)
0 comments:
Catat Ulasan