Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

11 Mac 2014

Misteri kehilangan pesawat MH370

Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MAS MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China awal pagi Sabtu lalu masih lagi menjadi teka-teki selepas 3 hari insiden itu berlaku.Kejadian malang itu mengingatkan dunia kepada 10 lagi insiden misteri yang membabitkan pelbagai jenis pesawat dalam tempoh beberapa dekad lalu.


~AIR FRANCE 447
Pesawat Airbus A330 dari Rio ke Paris yang membawa 288 penumpang dan anak kapal hilang di Lautan Atlantik pada 2009.Laporan akhir menunjukan tiub pesawat itu dihalang oleh kristal ais hingga menyebabkan sistem autopilot gagal berfungsi.Kotak hitam pesawat itu hanya ditemui pada Mei 2011 bersama 104 mayat.Mayat 74 penumpang lagi masih gagal ditemui.


~EGYPTAIR 990
Misteri menyelubungi nahas pesawat EgyptAir 990, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York pada 31 Oktober 1999 menuju Kaherah.Pesawat Boeing 767 itu terhempas di selatan Lautan Atlantik berdekatan Massachusetts dan mengorbankan 217 penumpang dan anak kapal.


~PENERBANGAN 571
Pesawat sewa Tentera Udara Uruguay yang membawa 45 penumpang dan anak kapal termasuk pasukan ragbi dari Montevideo yang terhempas di Banjaran Andes pada waktu cuaca buruk.Mereka hanya dijumpai selepas 72 hari selepas 2 penumpang yang terselamat itu mengambil risiko melalui trek pergunungan selama 10 hari.

~STAR ARIEL
Satu lagi pesawat British South American Airways (BSAA), Star Ariel Hilang ketika penerbangan dari Bermuda ke Jamaica pada 17 Jan 1949.Ia pesawat sama seperti Star Tiger, cuma bezanya ia terbang dalam keadaan cuaca elok namun berhadapan masalah komunikasi sepanjang penerbangan.Ia dikaitkan dengan misteri Segitiga Bermuda.


~PENERBANGAN 191
Pada 1979, American Airlines 191, terhempas selepas beberapa minit berlepas dari lapangan terbang O`Hare di Chicago, menyebabkan 258 penumpang dan 13 anak kapalnya terbunuh.Pesawat jenis X-15 191 yang terhempas pada 1967 pula menyebabkan juruterbangnya terbunuh.


~STAR TIGER
Pesawat BSAA kedua, Star Tiger hilang selepas terbang dari Santa Maria di Azores ke Bermuda pada 30 Jan 1948.Dalam penerbangan 12jam itu pesawat itu terbang rendah untuk mengelak angin dan menurut pesawat Lancastry yang di tugaskan mengesan cuaca buruk pada waktu itu di kawasan Segi Tiga Bermuda. Namun sehingga kini Star Tiger hilang tidak dapat dikesan.


~STAR DUST
Apabila BSAA Star Dust pesawat awam mirip pengebom Lancaster hilang ketika membuat penerbangan dari Buenos Aires Argentina ke Santiago Chile, ia meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab.Pesawat itu tidak pernah sampai ke destinasinya tetapi pengendali radio itu berjaya menghantar satu mesej samar kod morse ~STENDEC` sebelum ia hilang.Star Dust hanya dijumpai 50 thun kemudian apabila dua pendaki Argentina menemui serpihan enjin dan pakaian di sebuah gunung.


~PENERBANGAN 19
Pada petang 5 Dis 1945, enam tentera laut dikhuatiri hilang di ruang udara tipis sekaligus memulakan kisah lagenda Segitiga Bemuda.Satu jam setengah selepas berlepas dari Fort Lauderdale Florida, juruterbang melaporkan sistem pesawat mengalami gangguan kedua-dua kompas pesawat gagal berfungsi.

~GLENN MILLER HILANG DI SELAT INGGERIS
Sebelum kehilangannya, pemuzik ini mengadakan persembahan di England untuk Tentera Perikatan dan Tentera Darat Amerika Syarikat pada musim panas 1944.Keesokannya dia terbang ke Paris untuk menghiburkan askar di Perancis.Mereka bertolak dari Ladang RAF Tinwood dan dipercayai hilang di Selat Inggeris.


~AMELIA EARHART HILANG KETIKA CUBA MENGELILINGI DUNIA
Juruterbang wanita Amerika Syarikat ini hilang bersama pesawat Lockheed Electra pada 2 Julai 1937 ketika dia dan pembantunya Fred Noonan cuba membuat rekod mengelilingi dunia.Dia yang juga wanita pertama terbang secara solo merentasi Atlantik hilang berhampiran Pulau Howland di Lautan Pasifik.


Petikan dari Blog PAGparanormal Malaysia

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI