Difahamkan, Ajai mengambil masa empat tahun untuk mengkaji banyak sudut yang perlu diutamakan termasuklah pengaruh muzik pop Melayu dan juga kehendak pasaran tempatan. Manakala, Ajai mengambil masa 45 minit untuk proses merakamkan dan menghasilkan lagu ADUH. Lagu ADUH dicipta sepenuhnya oleh Ajai di tengah-tengah lambakan muzik moden dan trendy.
Ajai melihat tajuk lagu ini ADUH sebagai sesuatu yang dekat dengan jiwa setiap dari kita yang mungkin menyebut perkataan ini setiap hari. Samada pengertiannya untuk ayat negatif atau postitif itu terpulang kerana apa yang penting, perkataan ADUH adalah satu perkataan harian yang sering kita gunakan. Tak hairan jika perkatan ini boleh jadi trending di sosial media dan kalau nak tahu, klip video unofficial ADUH dah dirakam oleh KLFM sudah mendapat view melebihi 30 ribu dalam jangka masa hanya seminggu.
Kemunculan lagu ADUH dilihat sebagai pemangkin kemunculan semula lagu-lagu Melayu Pop yang sememangnya popular di zaman 80an dulu. Senario yang berlaku sekarang ini ialah, orang kita dah makin banyak disogokkan dengan lagu berirama seperti ini dari Indonesia. Walhal menurut Ajai, sebenarnya lagu-lagu seperti ini sudah lama bertapak dan popular suatu ketika dulu.
Suasana petang di pertemuan bersama Ajai ditemani oleh pengurusnya, Liza yang juga merupakan isteri beliau menjadi lebih dekat kerana ini pertama kali sebenarnya, Budiey berbual-bual dengan Ajai. Banyak juga pendapat tentang senario industri muzik sekarang ini dibicarakan.
Ternyata, untuk tahun 2014, adalah tahun comeback buat Ajai di mana Budiey dapat tahu, beliau akan muncul dengan album kompilasi pada bulan Januari berjudul REPUBLIK AJAI yang memuatkan 45 lagu-lagu popular yang dicipta oleh Ajai dari 1988 hingga sekarang. Lagu ADUH akan dimuatkan dalam album kompilasi ini. Sementara itu, Ajai akan melancarkan album solo yang berjudul 4/4 pada bulan Jun 2014 yang memuatkan lagu-lagu baru beliau.
Lirik Lagu Aduh – Ajai
Berdiri di sebalik awan hitam yang berkepulan
Tiada pandangan yang dapat ku perlihatkan
Hanya wajah yang selalu ada di ruang mata ini
Yang sudah terlalu jemu dari pandangan
Sudah tiba masanya ku harus berdiri tanpamu
Menggantikan dengan awan putih yang memutih
Bila aku sudah tiada baru kau kan merasai
Bagaimana oh rasanya kehilangan
[Chorus]
Aduh sayang aduh kasih
Aku dah bosan dengan caramu
Aduh usah aduh engkau
Cuba kembali pada diriku
Kerna aku dah tahu
Apa yang kau lakukan
Kerna aku tahu
Kita tak sehaluan
Walaupun ku tahu kan separuh mati merindui kamu
Namun harus ku cuba ‘tuk melupakan dia
Tangani semua ini dengan akal fikiranku
Biar engkau kan tahu ku tak cintamu
[Repeat Chorus]
0 comments:
Catat Ulasan