Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

1 Disember 2015

ADA SINDIKET JUAL SERPIHAN MH17 SEBAGAI CENDERAMATA SECARA ONLINE?


Polis Belanda telah menahan seorang lelaki yang cuba menjual cebisan barangan daripada pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine sebagai cenderamata, di dalam talian.

Lelaki tersebut kini ditahan atas tuduhan melakukan penipuan dan sebuah siasatan telah dijalankan, kata pihak polis dalam satu kenyataan pada Ahad (29 November).

Dia cuba menjual ‘sehelai pakaian yang digunakannya di tapak nahas’ ketika pasukan keselamatan menjalankan siasatan ke atas tragedi yang menimpa pesawat berkenaan, yang sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Dalam nahas pada Julai tahun lalu itu, semua 298 orang di dalam pesawat berkenaan terbunuh apabila dibedil peluru berpandu dari zon konflik yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.

Selain pakaian, lelaki tersebut juga cuba menjual sepeket tisu berlabel Malaysia Airlines dan satu lagi barangan yang tidak diketahui butirannya namun dikatakan berasal daripada pesawat berkenaan.

Kesemua barangan tersebut dijual di laman web Belanda iaitu Marktplaats (Marketplace).

Marktplaats memberitahu saluran televisyen tempatan, NOS, bahawa pautan yang tidak sensitive itu kini sudah dipadam daripada laman web mereka.

Menurut NOS, lelaki itu melabelkan barangan tersebut sebagai ‘hiasan dinding’ yang diperbuat daripada jaket dan topi yang digunakan anggota pasukan penyiasat, sementara tisu pula katanya, sebagai ‘cebisan dari nahas’.

Kesemua barangan itu mahu dijual pada harga 1,500 Euro (RM6,740). Pihak polis memberitahu, pihaknya akan menjalankan siasatan untuk memastikan sama ada benar semua barangn itu berasal dari pesawat MH17.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI