Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

6 September 2016

ROMEO DAN JULIET PARAH SELEPAS TUNJUK AKSI `WHEELIE`


BAGAIKAN kisah cinta tragik merpati sejoli, Romeo & Juliet, sepasang kekasih yang yang melakukan aksi motorsikal merbahaya akhirnya menemui kemalangan bersama-sama.

Kejadian tersebut yang dirakam dan dimuatnaik di Facebook pada 29 Ogos lepas menjadi viral selepas orang ramai mempertikaikan kesahihan rakaman berkenaan.

Dalam sebuah rakaman, seorang wanita melakukan aksi 'wheelie' menggunakan sebuah skuter sambil dibonceng oleh seorang lelaki yang didakwa teman lelakinya.

Aksi tersebut berterusan selama beberapa saat sebelum disambung oleh sebuah lagi video.

Video kedua menunjukkan pasangan kekasih tersebut mengalami kemalangan dengan pembonceng lelaki terbaring tidak sedarkan diri.

Penunggang wanita pula mengerang kesakitan sambil kakinya bengkok di bahagian paha, dipercayai patah.

Pelayar laman sosial bagaimanapun mempertikaikan kesahihan video berkenaan kerana pakaian yang dipakai oleh pasangan kekasih tersebut berbeza dalam kedua-dua video.

Sehingga kini, lebih 5 juta pelayar sudah menonton video-video berkenaan.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI