Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

28 Jun 2016

8 PARAH APABILA ROLLERCOASTER TERGELINCIR KELUAR DARI LANDASAN


Seramai 10 orang termasuk lapan kanak-kanak cedera parah selepas sebuah rollercoaster tergelincir dan terbabas di taman tema di Scotland.

Gambar tersebar di media sosial menunjukkan gerabak yang rosak teruk dan beberapa orang terperangkap dalam keadaan terbalik masih terikat pada kerusi mereka dalam permainan Tsunami di taman tema M&D berhampiran Glasgow.

Saksi berkata, permainan itu penuh ketika kejadian dan taman tema berkenaan dikosongkan sejurus kemalangan berlaku.


Pengunjung, Katie Burns berkata, dia baru selesai menaiki rollercoaster itu dan sedang berjalan dari tempat berkenaan ketika kejadian.

“Saya memang terkejut, keadaan tidak ubah seperti filem seram dengan kanak-kanak menjerit serta menangis,” katanya di Facebooknya.

Ketua Inspektor David Bruce berkata, lima gerabak yang tergantung pada rel rollercoaster berkenaan tercabut dan melanggar strukturnya sebelum terhempas.

“Ia jatuh kurang enam meter dan kemungkinan tercabut ketika laluan itu berbelok,” katanya.

Enam pasukan ambulans, pasukan operasi khas dan doktor dikerahkan ke tempat kejadian, kata jurucakap Perkhidmatan Ambulans Scotland.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI