Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

19 September 2017

DUA KAMPUNG BEREBUT TANAH KUBUR?


Sejak turun temurun tanah perkuburan Islam merentas sempadan Kampung Laut dan Kampung Belukar Jambu, di sini, menjadi tempat pengebumian penduduk kedua-dua kampung yang meninggal dunia.

Bagaimanapun, baru-baru ini tercetus perbalahan antara penduduk kedua-dua kampung berkenaan apabila orang Kampung Belukar Jambu didakwa cuba memasang pagar di dalam kawasan perkuburan itu seolah-olah cuba membahagikan kawasan dikongsi mereka selama ini.

Keadaan itu menjadi semakin panas apabila ada pihak memuat naik isu berkenaan di Facebook (FB) menerusi akaun, Kampung Laut.

Penduduk Kampung Laut mempersoalkan tindakan memasang tiang pagar itu yang seolah-olah ingin mengasingkan kubur masyarakat kedua-dua kampung.

Segelintir penduduk Kampung Balukar Jambu pula mendakwa ia menghalang haiwan ternakan seperti lembu masuk ke dalam kawasan kubur dan meninggalkan najis kerana pagar di bahagian Kampung Laut sering tidak berkunci.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Laut, Amran Abu Bakar, 42, berkata, tindakan memasang tiang pagar itu menimbulkan tanda tanya penduduk kampungnya kerana tiada sebarang perbincangan dilakukan sebelumnya.

“Kubur di sini sejak dulu lagi menjadi tempat pengebumian penduduk kedua-dua kampung yang meninggal dunia, malah ada penduduk Kampung Belukar Jambu dikebumikan di kawasan Kampung Laut dan begitu juga sebaliknya.

“Pemasangan tiang pagar itu siap disimen dan tinggal pagar saja tidak dipasang menjadi pertanyaan antara kami. Apa tujuan mereka buat di kawasan dalam kubur sedangkan di sekeliling kawasan ada pagar,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, tidak berpuas hati dengan keadaan itu menyebabkan penduduk Kampung Laut membawa perkara itu ke pengetahuan Penghulu Mukim Kepong yang mengarahkan supaya projek itu tidak diteruskan.

“Saya dan beberapa penduduk kampung lain mengambil keputusan mencabut tiang pagar yang disimen itu dan meletakkannya di tepi kawasan kubur.

“Alhamdulillah, selepas itu isu berkenaan tidak lagi dibangkitkan. Apa yang kami kesalkan, tiada perbincangan dilakukan pihak sebelah sana sebelum membuat projek pemasangan pagar,” katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI