Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

20 Julai 2017

DUNIA ISLAM SEMAKIN BACUL?


Ke mana hilangnya suara negara Islam lain berkaitan isu terkini di Masjid al-Aqsa.

Persoalan itu diajukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia rentetan tiada suara ataupun desakan dilaungkan negara Islam lain seperti Indonesia, Arab Saudi dan Jordan berkaitan isu berkenaan.

Pengarah Media Aman Palestin Anas Abdul Wahab berkata, pihaknya menyeru negara Islam lain supaya bersama memberi tekanan terhadap Israel.

“Masjid al-Aqsa biarpun tanahnya kini dikuasai Israel, tetapi masjid itu sendiri adalah simbol Islam seluruh dunia.

“Marilah bersama kita menyokong saudara kita di Palestin dalam membebaskan al-Aqsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Masyarakat antarabangsa digesa bertindak segera bagi mengelakkan keadaan huru-hara berterusan di Asia Barat dan dunia susulan serangan berterusan Israel terhadap Masjid al-Aqsa.

Ketua Hakim Palestin Dr. Mahmoud al-Habash yang dipetik oleh Agensi Berita Islam Antarabangsa (IINA) berkata Israel masih terus menghalang umat Islam beribadat dengan bebas, tanpa sebarang larangan.

Mahmoud yang juga Penasihat Presiden Palestin bagi Hal Ehwal Agama dan Hubungan Islam, menuduh kerajaan Benjamin Netanyahu sengaja menegangkan lagi keadaan dengan menukar status bersejarah Baitulmuqaddis sejak beratus tahun.

"Tindakan Israel itu merupakan satu pencerobohan terang-terangan terhadap umat Islam dan melanggar undang-undang antarabangsa," katanya.

Mahmoud berkata Masjid al-Aqsa adalah hak eksklusif umat Islam dan campur tangan Israel merupakan pencabulan hak umat Islam sejagat.

Pada Ahad lepas, Israel membuka semula beberapa pintu masuk ke Masjid al-Aqsa secara beransur-ansur tetapi meletakkan pengesan logam, lawang putar serta kamera pengawasan atas alasan keselamatan.

Tindakan itu dikecam oleh rakyat Palestin sehingga mereka melancarkan "Hari Kemarahan Palestin"untuk membantah tindakan tersebut.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI