Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

27 Mei 2016

KEMALUAN SEORANG LELAKI DIGIGIT ULAR SAWA KETIKA HENDAK BERAK


Seorang lelaki yang ingin membuang air besar berdepan peristiwa ngeri apabila kemaluannya digigit seekor ular sawa yang bersembunyi di dalam mangkuk tandas di rumahnya baru-baru ini.

Ular sawa sepanjang 3.35 meter itu dikatakan menyambar hujung kemaluan Atthaporn Boonmakchuay apabila dia tidak menyedari kehadiran reptilia itu di tandas bilik mandi di rumahnya di timur Chachoengsao, Bangkok

Lelaki berusia 38 tahun itu dilaporkan terpaksa membuka rahang mulut ular itu dengan menggunakan kedua-dua tangannya semasa haiwan berkenaan menggigit hujung alat sulitnya.

“Saya terkejut apabila berasa alat sulit seolah-olah digigit dengan begitu kuat. Saya agak panik apabila melihat kepala ular tergantung di hujung alat sulit saya,” katanya yang kemudian menjerit meminta tolong isterinya.

Dia yang telah kehilangan banyak darah terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas itu dan akan dibenarkan pulang ke rumah tidak lama lagi.

Sementara itu, satu klip video yang dimuat naik di internet menunjukkan beberapa anggota penyelamat terpaksa memecahkan mangkuk tandas untuk menangkap ular sawa itu sebelum dilepaskan di sebuah hutan berdekatan.

Pasukan penyelamat percaya haiwan itu masuk melalui saluran paip kumbahan menyebabkannya terperangkap di dalam mangkuk tandas.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI