Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

6 Mei 2016

TERKINI!! HELIKOPTER DI NAIKI VVIP HILANG DALAM RADAR MASIH BELUM DIJUMPAI


Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang dari radar. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.     

"Helikopter itu berlepas dari Betong jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang," katanya.

DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat. Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.


Pasukan bertindak ditubuhkan
Pasukan bertindak diketuai PDRM dengan kerjasama agensi lain ditubuhkan segera untuk cari helikopter hilang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

JBPM Sarawak bersedia
Lakukan perincian lokasi. Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Norhisham Mohamad berkata, pihaknya telah meletakkan seluruh pasukan penyelamat dalam keadaan siap siaga penuh.

Pihaknya sedang melakukan perincian lokasi terakhir helikopter berkenaan dikesan di kawasan Sebuyau, sebelum menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Antara yang digerakkan termasuklah pasukan khas menyelamat STORM. SAR kesan pesawat dikerah. Usaha sedang dijalankan untuk mengesan helikopter yang hilang di Sarawak.

PENGESAHAN TERKINI!!


Polis mengesahkan helikopter yang membawa Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama lima yang lain termasuk juruterbang yang dilaporkan hilang petang tadi, masih belum dijumpai.



Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada pukul 8.20 malam tadi telah menggerakkan sepasukan anggota ke beberapa lokasi untuk menjalankan operasi pencarian.



Beliau turut menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa helikopter tersebut dijumpai di Sri Aman.



“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima maklumat dengan menggerakkan satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) ke Sri Aman, Simunjan dan Betong.



“Selain itu, agensi lain iaitu masing-masing 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut bergerak ke lokasi bagi memulakan pencarian seawal pukul 6 pagi ini.



“Seramai 13 Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut bergerak ke lokasi bagi melakukan operasi pencarian pagi nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini malam semalam.



Helikopter jenis ASO 350 bernombor pendaftaran RP-C6828 itu dilaporkan hilang dari radar pada pukul 4.32 petang selepas berlepas dari Betong pada pukul 4.12 petang dan dijadual tiba di sini kira-kira pukul 5 petang.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI