Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

25 Mei 2016

BUDAK 4 TAHUN PARAH DI REMPUH MOTOSIKAL DI DEPAN RUMAH


Keriangan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun bermain di halaman rumahnya berakhir dengan tragedi apabila tempurung kepalanya pecah akibat dilanggar sebuah motosikal di Jalan Tok Ketua, Kampung Tengku Hussein Lama,Manjoi di sini pada petang Selasa.

Dalam kejadian itu, Faridah Mohd Fairuz,4, difahamkan sedang melintas jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal yang tidak sempat mengelak kanak-kanak tersebut.

Bapa saudaranya, Raimee Jahya berkata anak saudaranya itu sering bermain di kawasan perumahan pada waktu petang namun beliau tidak menyangka nasib sebegitu akan menimpa Faridah pada hari tersebut.

"Tempurung kepala Faridah pecah dan tulang tengkoraknya menusuk bahagian otak akibat impak pelanggaran tersebut.

"Ketika kejadian, penunggang motosikal itu turut menangis dan berasa amat kesal sementara orang awam membantu untuk membawa anak saudara saya ke hospital," katanya.

Menurutnya, Faridah kini sedang mendapatkan rawatan dan ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi pemeriksaan susulan.

Raimee berkata, jalan di perkampungan Manjoi itu merupakan jalan utama bagi kebanyakan penduduk setempat dan ia agak sempit sejak dibangunkan pada tahun 2006.

Dia berharap projek yang ditinggalkan sejak 10 tahun lepas ini dapat diperbaiki segera agar tidak ada lagi kecelakaan seumpama ini berlaku.

"Ibu bapa Faridah masih dalam keadaan trauma dan tidak dapat mempercayai apa yang berlaku kepada anak mereka. Buat masa ini mereka masih cuba bertenang.

"Saya mengharapkan doa orang ramai agar mendoakan anak saudara saya yang masih kecil ini, supaya cepat sembuh dan moga keadaannya tidak bertambah teruk," ujarnya sebak.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI