Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

28 April 2016

KEMBAR SIAM SATU MUKA SATU KEPALA


Sepasang kembar siam yang berkongsi muka dilahirkan di sebuah hospital di Rajkot, Gujarat, negeri di timur India, kelmarin.

Bagaimanapun, mereka hanya hidup enam minit selepas dilahirkan dengan berat 1.17 kilogram.

Bayi itu yang memiliki jantung, tangan dan kaki sendiri dilahirkan di Kolej Perubatan Kerajaan Pandit Deendayal Upadhyay.

Meskipun menyedari mereka bercantum, pakar perubatan terkejut dengan rupa mereka apabila pasangan itu dilahirkan menerusi Caesarean.

Pembantu profesor di wad bersalin hospital itu, Dr Kirtan Vyas yang menjalankan pembedahan berkenaan berkata, dia sudah menjangka bayi itu tidak akan hidup lama.

“Kami sudah bersedia menghadapi kematian bayi itu memandangkan otak mereka bercantum dan mustahil untuk dipisahkan,” katanya.

Menurutnya, kes seumpama itu amat jarang berlaku, khususnya di India, mungkin satu dalam sejuta.

“Bagaimanapun, dalam kes ini, ia lebih mengejutkan kerana wajah bayi itu amat ganjil,” kata Vyas.

Ibu kembar siam itu yang enggan namanya didedahkan, dilapor tidak menghadapi masalah sepanjang kehamilannya sehingga dia menjalani ultrabunyi pertama pada bulan ketujuh.

Dia begitu hampa selepas dimaklumkan anak yang dikandungnya kembar siam cephalopagus, iaitu kembar yang bercantum di kepala sementara sebahagian besar badan terpisah.

Wanita itu dibenarkan pulang dari hospital semalam dan dilaporkan sihat.

Dia dan suami memutuskan untuk menyerahkan mayat anak kembar mereka kepada kolej itu untuk tujuan kajian perubatan.

Pada 2014, seorang wanita, juga di India, melahirkan anak dengan dua kepala. Ia meninggal dunia 20 hari selepas dilahirkan.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI