Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

5 Februari 2016

VIDEO DOKTOR KELUARKAN SEMUT DALAM TELINGA KANAK-KANAK


Pakar perubatan di India terkejut denganb penemuan sarang semut di dalam telinga seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, lapor media tempatan. 

Shreya Darji dari Deesam, Gujarat berkata semut mula merayap masuk ke dalam telinganya pada Ogos tahun lepas, dan kini sekitar 10 ekor semut merayap keluar, setiap hari.

''Kami telah menjalankan pelbagai pemeriksaan pada kanak-kanak itu termasuk imbasan MRI dan CT tetapi tiada ada mana-mana bahagian telinga yang terjejas," kata Dr Jawahar Talsania, pakar bedah telinga, hidung dan tekak

Menurut doktor, Sherya tidak mengalami kesakitan walaupun semut-semut berkenaan menggigitnya. Bukan itu sahaja, gegendang telinga kanak-kanak itu dilihat berada dalam keadaan yang baik.

Difahamkan, Dr Jawahar berusaha untuk membuang semut-semut berkenaan tetapi gagal kerana ia terus membiak, namun beliau menafikan semut-semut itu berasal dari telur kerana tiada semut ratu yang dijumpai.

Bapa Shreya, Sanjay berkata, dia bimbang dengan keadaan anakya yang semakin serius. Saya telah melakukan apa yang saya boleh.

'Saya telah membawa dia kepada pakar-pakar perubatan yang terbaik tetapi mereka masih gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI