Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

12 Februari 2016

KEMALANGAN ESKALATOR: PEMILIK PUSAT BELI BELAH TIDAK BOLEH ABAI KESELAMATAN PENGUNJUNG.


Pemilik bangunan komersial khususnya kompleks beli-belah digesa untuk lebih prihatin bagi memastikan kemudahan eskalator yang disediakan kepada orang ramai adalah selamat.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye menegaskan langkah ini sekali gus dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Katanya, pihak pengurusan kompleks beli-belah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan penyelenggaraan eskalator dilaksanakan secara berkala.

"Pemilik bangunan harus memaparkan papan tanda yang mengandungi maklumat keselematan dan mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan eskalator.

"Papan tanda tersebut yang memaparkan panduan, cara gunakan eskalator dengan selamat perlu diletakkan di tempat yang boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai," kata Lee.

Tegasnya, semua eskalator dalam bangunan komersial perlu diperiksa dengan lebih kerap dari segi teknikal, terutamanya ketika musim puncak seperti cuti sekolah.

Selain itu, pihak yang memasang eskalator juga perlu mengkaji kaedah pemasangan supaya ia selamat diguna terutamanya oleh kanak-kanak, katanya.

"Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, ataupun Akta OSHA 1994, ia adalah tanggunjawab majikan, iaitu pemilik bangunan untuk memastikan kebajikan serta keadaan tempat kerja yang selamat.

"Saya anggap atas kesedaran aspek undang-undang ini, semua pemilik bangunan bertanggungjawab untuk pastikan eskalator dan lif dalam bangunan sentiasa selamat digunakan," katanya.

Ibu bapa juga disaran untuk sentiasa mengiringi anak mereka ketika berada di pusat beli belah.

"Rakyat Malaysia terutamanya golongan ibu bapa tidak mahu lagi melihat kemalangan eskalator yang melibatkan kanak-kanak," tambahnya.

Jelas Lee, aspek menjaga keselamatan bukan sahaja dari segi pencegahan jenayah tetapi juga memastikan memastikan keselamatan pekerja dan pengunjung yang memasuki bangunan.

Katanya lagi, pembinaan kemudahan dalam bangunan termasuk eskalator dan lif tertakluk di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 manakala ciri spesifikasi bagi eskalator untuk bangunan awam dinyatakan dalam Peraturan Kilang dan Jentera 1970.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI