Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

26 November 2015

PEMANDU LORI CURI LEGO DI LEGOLAND JOHOR


JOHOR : Seorang pemandu lori yang mencuri barang permainan Lego bernilai RM22,575 di bilik pameran dalam Hotel Legoland di sini, diberkas polis baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya Deputi Superintendan Ismail Dollah berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan di rumahnya di perkampungan Jementah, Segamat, jam 2.15 pagi, Isnin lalu.

“Selepas menerima laporan, polis berjaya memberkas suspek dalam masa kurang 24 jam," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di sini, hari ini.

Menurut Ismail, suspek terlebih dahulu telah menginap satu malam di hotel berkenaan dan mencuri barang permainan itu selepas mendaftar keluar.

"Modus operandi yang digunakan suspek ialah mencuri barang permainan Lego yang dipamerkan dengan memasukkan kesemua permainan dalam beg besar sebelum keluar daripada hotel itu," kata beliau.

Katanya pihak polis turut menemui semula barangan curi antaranya Lego Dragon, Lego Monkey, Lego Monkey Head, Throw Pillow Pirate dan Bed Runner King.

Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine (AMP) namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Suspek direman tiga hari mulai semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Curi dalam bangunan) dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga boleh didenda atau sebat.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI